Saturday, March 22, 2025
21.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    DANA terima sumbangan lebih $100,000

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Seramai 82 penyumbang yang terdiri daripada syarikat perniagaan dan individu dari Persatuan Brunei-China One Belt Road telah menyumbangkan sejumlah $100,500.00 ke Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).

    Kesemua sumbangan berkenaan diterima oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan pagi tadi.

    DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam. 

    Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sekretariat bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

    Tetamu kehormat menerima sumbangan dari Brunei China One Belt One Road Association.

      Semua di atas: Antara yang menyampaikan sumbangan.

    Antara yang hadir ke majlis berkenaan.
    Sesi bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda