Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Sumbangan sejumlah $5,000 daripada Syarikat Samima Sdn Bhd pagi tadi diserahkan ke Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) pada Majlis Penerimaan Sumbangan bagi DANA yang berlangsung di Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).
Hadir pada majlis itu dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Pengarah Urusan Samima Sdn Bhd, Haji Hidhayathullah bin Haji Tajudeen; dan Pengurus Samima Sdn Bhd, Mohamed Rafi bin Haji Tajudeen.
Turut hadir selaku penerima dan wakil kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Mejar (B) Sopian bin Haji Mohammad Yassin.
DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
