Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dani Alves hadapi perbicaraan serangan seksual

    BARCELONA, 5 FEB – Bintang bola sepak Brazil, Dani Alves akan dibicarakan hari ini, setahun selepas dia didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita muda di kelab malam Barcelona.

    Alves, bekas pemain Barcelona, ​​dituduh melakukan serangan seksual terhadap wanita itu pada malam 30 Disember 2022. Dia menafikan sebarang kesalahan.

    Perbicaraan dijadualkan berlangsung hingga Rabu di mahkamah Barcelona.

    Pendakwa raya negeri memohon hukuman penjara sembilan tahun ke atas Alves jika sabit kesalahan manakala peguam yang mewakili penuduhnya mahu 12 tahun.

    Alves, kini berusia 40 tahun, ditahan pada 20 Januari 2023 selepas menjawab panggilan polis semasa lawatan ke Sepanyol.

    Permintaan Alves untuk diikat jamin tidak diterima kerana mahkamah menganggapnya sebagai risiko melarikan diri, walaupun dia menawarkan untuk menyerahkan pasportnya dan memakai alat pengesan.

    Alves telah diperintahkan untuk memperuntukkan 150,000 euro (AS$162,000) untuk membayar mangsa yang didakwanya jika dia didapati bersalah dan diarah membayar ganti rugi.

    Alves merupakan salah seorang pemain bola sepak yang paling berjaya, memenangi gelaran utama dengan beberapa kelab elit termasuk Barcelona, ​​Juventus dan Paris Saint-Germain. Dia membantu Brazil memenangi dua trofi Copa America dan pingat emas Olimpik.

    Kontraknya dengan kelab Mexico, Pumas telah ditamatkan serta-merta selepas penahanannya. – AP

    Gamba hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda