Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – QAF Prestige Sdn Bhd, pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan dan alat ganti tulen Porsche di Negara Brunei Darussalam telah melantik Daniel Loo sebagai Timbalan Pengurus Besar berkuat kuasa 23 April 2025.
Daniel Loo membawa bersama pengalaman luas dalam industri automobil mewah dan beliau akan memimpin pasukan Porsche Brunei ke arah kecemerlangan berterusan serta pengalaman pelanggan terbaik.
Daniel Loo menggantikan Lahiru De Silva yang telah meletak jawatan pada 22 April selepas satu tempoh kepimpinan yang berdedikasi.
