Daniil Medvedev kecundang di suku akhir

TOKYO, 29 JULAI – Pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev tersingkir di suku akhir perlawanan tenis Olimpik lelaki hari ini di tangan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta.

Medvedev dari Rusia, yang berharap dapat menentang juara pilihan utama Novak Djokovic di final, kalah 6-2, 7-6 (7/5).

Pemain pilihan keenam, Carreno Busta akan menentang rakan senegara Medvedev, Karen Khachanov untuk merebut tempat di final, setelah menang 7-6 (7/4), 4-6, 6-3 ke atas pemain Perancis, Ugo Humbert.

Medvedev melakukan 26 kesalahan dan hanya mencatat 12 mata.

Carreno Busta, yang terkenal mengalahkan Djokovic dari Terbuka AS tahun lalu, bermain di Olimpik pertamanya dan ingin menjadi pemenang pingat emas tunggal kedua Sepanyol selepas Rafael Nadal, pada tahun 2008. – AFP