LONDON, 31 JAN – Newcastle United telah menandatangani pemain pertahanan kiri Danny Rose sebagai pinjaman dari kelab Liga Perdana Tottenham Hotspur sehingga akhir musim ini, kelab mengumumkan semalam.
Rose yang berusia 29 tahun adalah pemain ketiga Newcastle menandatangani kontrak pada musim pemindahan Januari berikutan dengan ketibaan pemain baharu di St James ‘Park, Nabil Bentaleb dan Valentino Lazaro.
Rose mungkin beraksi buat Magpies dalam kemunculan pertama perlawanan liga di tempat sendiri menentang Norwich pada Sabtu ini.
“Ia satu penghormatan yang besar untuk saya berada di sini,” kata Rose.
“Saya sangat bersyukur kerana pengurus Steve Bruce telah membawa saya masuk dan saya ingin memberikan prestasi terbaik untuk membalas jasanya. “Bagi saya, saya sangat gembira kerana saya boleh datang ke sini dan berpeluang bermain di depan peminat Newcastle.”
Masa depan jangka panjang Rose di Spurs telah hangat diperdebatkan baru-baru ini memandangkan dia hanya membuat lima kemunculan sejak Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus pada bulan November lalu. – AFP