Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dapat balasan akibat aniaya, ugut mangsa

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seorang lelaki yang didakwa melakukan peras ugut dan ugutan jenayah, dijatuhi hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin terhadap Chai Lian Kos, 19, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu, apabila mengancam mangsa untuk mendedahkan hubungan skandalnya dalam media sosial jika mangsa enggan membayar wang $20,000, $9,500 dan $1,500.

    Manakala rakannya, Nurmaisarah binti Abu Bakar juga berusia 19 tahun yang turut berdepan tuduhan sama pula mengaku tidak bersalah dan kesnya ditangguhkan pada 13 Disember.

    Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos dan September 2017.

    Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda