Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dapatkan keputusan A Level menerusi SMS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat A sesi Oktober/November 2021.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan akan dibuka bermula esok (22 Januari).

    Dalam hubungan itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>REG<jarak>kod pusat<jarak>nombor calon<jarak> nombor kad pengenalan calon dan hantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit.

    Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut.

    Pelanggan akan dikenakan bayaran $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Kementerian Pendidikan berharap perkhidmatan yang disediakan itu akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan secara umum.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah berhubung melalui e-mel, moeresults@machbrunei.com atau layari laman web https://www.machbrunei.com/moe/.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...