Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat AS dan A sesi Mei/Jun 2023.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya menyatakan bahawa ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui khidmat pesanan ringkas dengan memasukkan teks MOE<jarak>REG<jarak>(kod pusat)<jarak>(nombor calon)<jarak>(nombor kad pengenalan calon) dan dihantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif dan 39966 bagi pelanggan imagine.
Tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit dengan ibu bapa atau penjaga dan pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan berkenaan pada hari ini.
Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan berkenaan.
Pelanggan akan dikenakan bayaran $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.
Kementerian Pendidikan berharap perkhidmatan yang disediakan itu, akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutama sekali para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau menghadapkan sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, mereka boleh berhubung terus melalui nombor 8671355 atau e-mel kepada moeresults@machbrunei.com.


