Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dapatkan keputusan O Level menerusi SMS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan Keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan IGCSE sesi Oktober/November 2022.

    Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>REG<jarak>(kod pusat)<jarak>(nombor calon)<jarak>(nombor kad pengenalan calon) dan dihantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif dan 39966 bagi pelanggan imagine.

    Menurut Kementerian Pen-didikan, tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit dengan ibu bapa atau penjaga dan pelajar boleh melanggan perkhidmatan berkenaan bermula hari ini.

    Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan berkenaan.

    Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Kementerian Pendidikan berharap perkhidmatan yang disediakan itu akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung melalui alamat, machbrunei.com/moe.html.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda