Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Dapatkan keputusan peperiksaan melalui SMS

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) 1443H/2022M melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan mula dibukakan.

Sehubungan itu, calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan itu dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit mulai Jumaat, 17 Mac ini pada jam 10 pagi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini, mereka yang ingin melanggannya hendaklah menaip KHEU (jarak) REG (jarak) Nombor Pusat Peperiksaan (jarak) Nombor Indeks Calon dan dihantar ke nombor 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos.

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan dan pelanggan akan dikenakan caj bayaran $1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, para pelanggan diminta memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

KHEU melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) berharap akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan sijil agama secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -