Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dapatkan keputusan Peperiksaan PSR menerusi SMS

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Ibu bapa, penjaga dan pelajar boleh mendapatkan keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi 2023 melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel).

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya di sini, menyatakan bahawa mereka yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>REG<jarak>(kod pusat)<jarak>(nombor calon) dan dihantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd dan 39966 bagi pelanggan imagine Sdn Bhd.

    Tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit di mana ibu bapa atau penjaga dan pelajar boleh melanggan perkhidmatan berkenaan bermula esok.

    Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan berkenaan.

    Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Kementerian Pendidikan menyatakan harapan bahawa melalui perkhidmatan yang disediakan itu, ia akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan kementerian secara umum.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menghadapkan sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, boleh berhubung terus melalui talian 8671355 atau e-mel kepada moeresults@machbrunei.com.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda