Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd, imagine Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi 2024.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan, boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan memasukkan teks, MOE<jarak>REG<jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NOMBOR CALON] dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST; 38666 bagi pelanggan Progresif; dan 39966 bagi pelanggan imagine.
Tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit.
Ibu bapa atau penjaga dan pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan berkenaan bermula pada 16 November.
Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.
Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan itu akan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai, terutama para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.