Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Darah A, B dan AB diperlukan segera

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di seluruh negara adalah di tahap yang rendah pada masa ini, terutamanya darah kumpulan A, B dan AB yang diperlukan dengan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di kesemua hospital.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan menderma darah.

    Orang ramai yang ingin menderma darah boleh berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah berkenaan dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja.

    Di samping itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah pada 2 September di Bilik VIP, Bangunan Utama Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar Sempena Ulang Tahun Perkhidmatan TV Brunei ke-48 dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 2:30 petang.

    Pada 4 September, kempen akan diadakan di Bilik Aktiviti, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kampung Pandan bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi, pada 5 dan 7 September di The Function Room, Blok B, Tingkat 2, Kompleks Beli-belah The One, Batu Satu bermula 10 pagi hingga 2 petang serta pada 9 September di Event Stage, Tingkat 1, Kompleks Beli-belah Mabohai anjuran Boeffi International bermula 10 pagi hingga 3 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda