Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    DARe kendali dua kaji selidik perniagaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Darussalam Enterprise (DARe) pada ketika ini sedang menjalankan dua tinjauan dengan menggunakan telefon di mana sebanyak 62 buah syarikat telah dihubungi untuk mengambil tahu mengenai keadaan perniagaan mereka.

    Walau bagaimanapun setakat ini, baru 19 buah syarikat sahaja yang memberi maklum balas mengenainya. Oleh itu tinjauan ini belum lagi lengkap memandangkan masih banyak syarikat yang belum memberikan maklum balas me-ngenai situasi perniagaan mereka ketika ini.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa apabila tinjauan tersebut telah lengkap dijalankan, ia akan dapat dikongsikan kepada orang ramai terhadap ana-lisis yang lebih komprehensif mengenainya.

    Sementara itu, tinjauan yang kedua melibatkan lebih kurang 2,000 buah syarikat tempatan di negara ini yang mana kebanyakannya terdiri daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    Setakat ini, hanya lebih kurang 400 buah syarikat yang memberikan maklum balas iaitu kurang daripada 25 peratus.

    Sesudah tinjauan berkenaan lengkap dijalankan, ia akan dikongsikan kepada orang ramai secara lebih komprehensif, jelas Yang Berhormat Dato lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda