Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DARe lancar rak ‘Bruneian Made’

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Darussalam Enterprise (DARe) melancarkan semula rak inisiatifnya yang dijenamakan semula sebagai ‘Bruneian Made’ dengan slogan iklan ‘Proudly Bruneian’ di beberapa buah pusat membeli-belah di negara ini.

    Rak baharu yang dipamerkan semasa Pesta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Dewan Bridex, Jerudong dan berukuran 1.2m lebar dan 2.3m tinggi dengan kedalaman 45cm itu akan ditempatkan di beberapa buah pasar raya tertentu di negara ini.

    Orang ramai yang berminat dengan produk yang dijual melalui rak inisiatif DARe boleh menghadiri sesi demonstrasi produk pada pagi hujung minggu ini di Dewan Bridex 2, Jerudong.

    DARe melancarkan semula rak inisiatifnya untuk ditempatkan di beberapa buah pusat membeli-belah dengan reka bentuk yang baharu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda