Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dari gelandangan Chow Kit jadi usahawan pekasam

    TAIPING – Kesengsaraan hidup di Lorong Chow Kit, Kuala Lumpur hampir 10 tahun lepas membuka mata seorang wanita untuk tidak berpaling ke belakang dan terus maju kehadapan demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

    Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman, 37, duhulunya bekas gelandangan yang hanya mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan, kini merupakan ikon Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah membawa perniagaan ikan pekasam, malah sehingga ke pasaran luar negara.

    “Ketika itu, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur kononnya bagi mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan kepada keluarga di Kamunting.

    “Namun nasib tidak menyebelahi, setahun saya merempat di tepi longkang, pernah juga dalam keadaan sarat hamil bersama bekas suami, berbekalkan harapan dan simpati untuk mendapatkan makanan dan minuman harian kami.

    “Saya ambil upah bekerja di kedai makan, dan kehidupan kami ketika itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sehinggakan perlu menghantar anak di sebuah yayasan sementara saya bekerja,” katanya ketika ditemui Bernama di kilang pemprosesan pekasamnya, yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah dari Tol Jelapang.

    Sharifah Nurul Shahida Syed Abdul Rahman (tiga, kanan) memantau pekerjanya menyiapkan bungkusan pekasam di kilang pemprosesan pekasam Shazam, Taiping. – Bernama

    Menurutnya beliau kembali ke kampung halamannya di Kamunting bermodalkan duit mengambil upah mencuci pinggan, selain ditawarkan bekerja di sebuah hospital swasta di bahagaian akaun, namun beliau mengambil keputusan untuk berniaga di tepi jalan menjual laksa, bihun sup dan minuman.

    “Dalam masa yang sama juga, seminggu sekali saya akan ke Plaza Chow Kit, Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk mendapatkan stok barangan seperti beg, alat solek dan macam-macam lagi untuk dijual di Taiping.

    “Apabila kerap ulang alik menaiki bas bawa barang niaga, saya dipertemukan dengan seorang Sahabat AIM yang merupakan penjaga tandas berbayar di Stesen Bas Kamunting. Saya kemudian menyertai program ini dan ia mengubah hidup saya sepenuhnya,” katanya yang dikenali dengan panggilan mesra ‘Kak Sha’.

    AIM ditubuh bagi menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambah pendapatan keluarga, dan ini dimanfaatkan Sharifah Nurul Shahida untuk memulakan perniagaannya.

    Menurutnya, permulaan modal RM2,000 dari AIM digunakan untuk membeli barangan katering, dan perniagaannya mula berkembang sehingga dikenali hingga ke hari ini, malah perniagaan pekasamnya pernah mencecah jualan sehingga dua tan sebulan, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...