Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dari pengurus bola sepak ke pemandu Rally Dakar

    PARIS, 30 Nov – Jurulatih bola sepak kelahiran Portugal, Andre Villas-Boas akan beraksi dalam Rally Dakar pada Januari nanti, penganjur memaklumkan hari ini.

    Villas-Boas, yang telah melatih beberapa kelab besar seperti Porto, Chelsea, Tottenham Hostpur, Zenit St. Petersburg dan yang terbaru Shanghai SIGP, akan memandu kereta Toyota Hilux dalam perlumbaan dua minggu yang bermula pada 6 Januari di Lima dan lencongan di Andes sebelum mengakhiri perlumbaan di Argentina.

    Villas-Boas meneruskan tradisi keluar, bapa saudaranya Pedro Villas-Boas telah memandu dalam perlumbaan pada 1982 dalam pacuan 4 roda.

    Dia bukan orang terkenal pertama yang pernah mengikuti perlumbaan ini. Penyanyi terkenal Perancis Johnny Hallyday pernah mengikuti pertandingan ini pada 2002, sementara itu putera Monaco, Putera Albert telah menamatkan dua perlumbaan dan begitu juga dengan kakaknya Puteri Caroline yang pernah mengikuti sekali.

    Laman sesawang Rally telah melaporkan bahawa Villas-Boas merupakan pengemar motorbike sejak dari muda lagi di Oporto dan telah menamatkan beberapa kejuaraan Off-Road Portugal.

    Villas-Boas telah memasuki 40 tahun pada Oktober dan berkata dia berfikir akan meraikannya dengan menunggang motorsikal pada kejohanan Dakar ke-40 namun mengubah fikirannya selepas berbincang dengan salah sebuah pasukan Motorsikal.

    “Saya berbincang dengan sahabat saya, Alex Doringer, pengurus pasukan KTM. Dia telah menasihati saya bahawa saya memerlukan persediaan selama setahun untuk pergi kesana dan adalah lebih baik untuk memandu kereta,” Villas-Boas memberitahu laman sesawang Rally Dakar.

    “Ini merupakan cabaran yang terbaiik untuk saya dan saya yakin boleh beraksi dalam Dakar, ini bermaksud saya perlu berada di tempat sementara setiap malam dan tidak terlalu lewat untuk sampai!” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda