LYON, PERANCIS – Pujukan dan galakan daripada bapanya supaya menceburi kemahiran dandanan rambut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu lima tahun lepas, menjadi pencetus pelbagai kejayaan dilakar Muhammad Nasran Ahmad. Muhammad Nasran, 22, yang pada mulanya berat hati untuk melibatkan diri dalam bidang berkenaan, kini mampu melebarkan sayap bukan saja di peringkat tempatan

