Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dari sawah ke kanvas: Petani Vietnam hidupkan semula seni lukisan kampung

    HANOI – Komun Hai Anh di wilayah Ninh Binh sejak dahulu terkenal bukan sahaja kerana jambatan beratap jubin kuno Pagoda Luong, iaitu sebuah tinggalan berbentuk naga berusia lebih 500 tahun, tetapi kerana kraf tangan tradisional ukiran kayu dan kini, seni lukisan.

    Komun Hai Anh di wilayah pelancongan utara Ninh Binh kini muncul sebagai ‘buaian’ seni lukis, dengan ramai ‘seniman kampung’ menggambarkan kehidupan seharian de-ngan nilai estetik dan kemanusiaan.

    Di Hai Anh, kampung Katolik Pham Phao menempatkan bilangan terbesar petani-pelukis yang berkebolehan, meskipun tidak pernah menuntut di sekolah seni. Antaranya, Pham Van Nghe merupakan yang paling lama berkecimpung dalam bidang ini dan juga guru kepada ramai generasi.

    Walaupun kini berusia lebih 80 tahun, matanya masih bersinar bangga apabila berbicara tentang pembentukan dan perkembangan seni lukisan di kampung tersebut.

    Di lorong kecil di belakang gereja paroki Pham Phao, rumah Nghe dipenuhi dengan lukisan berwarna-warni pelbagai saiz dan genre. Karya-karya itu bukan sahaja menzahirkan jiwa pelukis tetapi juga mencerminkan ketelitian dan bakat seorang petani-pelukis.

    Nghe mengimbas kembali saat dia mula belajar melukis pada tahun 1940-an daripada bapa saudaranya, Duy Hien, yang pulang ke kampung halaman pada tahun 1943 selepas bekerja di Selatan. Bapa saudaranya turut mengajar dua lagi anak saudaranya melukis.

    Walaupun mereka sangat bersemangat untuk belajar, kemiskinan ketika itu menyebabkan mereka tidak mampu membeli peralatan dan bahan lukisan yang mencukupi. Mereka terpaksa membuat berus sendiri dan membelanjakan simpanan kecil mereka untuk membeli bahan-bahan lukisan.Teknik pertama yang dipelajarinya ialah lukisan potret genre yang mencabar kerana memerlukan keupayaan untuk meniru rupa paras seseorang sambil menyampaikan jiwa dan semangat watak itu.- ANN/Vietnam News

    Di sebuah galeri seni di kampung Katolik Pham Pháo. – ANN/Vietnam
    Gambar ANN/Vietnam
    Lukisan oleh petani yang melukis sebagai hobi di komun tersebut pelbagai genre termasuk potret, landskap dan lukisan pegun, kebanyakannya menggunakan cat minyak di atas kanvas. – ANN/Vietnam News
    Di sebuah galeri seni di kampung Katolik Phạm Pháo. – ANN/Vietnam

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda