Daripada mengajar ke dunia akademia

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Sementara menyaksikan kumpulan keempat pelajarnya menduduki peperiksaan GCE O Levels, Angelia Wong, seorang guru Bahasa Inggeris pada masa itu, mula mengimbas kembali mengenai pengalamannya sebagai seorang pelajar di National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura (NIE NTU, Singapura).

Menyedari keperluan untuk meningkatkan kemahiran supaya dapat memenuhi keperluan yang lebih pelbagai para pelajarnya, Angelia Wong membuat keputusan untuk kembali ke NIE NTU, Singapura untuk melanjutkan pengajian dalam Sarjana Sastera dalam Linguistik Gunaan.

“Terdapat keperluan berkaitan dan mendesak bagi saya untuk mengasah kemahiran saya dan terus mengikuti perkembangan pedagogi terkini. Ini didorong oleh keperluan untuk bukan sahaja memenuhi keperluan pelbagai pelajar-pelajar saya tetapi juga supaya lebih bertanggungjawab kepada mereka.”

Dengan persekitaran pembelajaran yang menyokong serta mempromosikan secara aktif pembelajaran kolaboratif, keputusan Angelia Wong untuk kembali ke NIE bagi pe-ngajian pascasiswazah adalah satu keputusan yang terbaik baginya, walaupun ia bermakna beliau perlu melangkah keluar daripada zon selesanya untuk belajar mengenai konsep atau kemahiran baharu dari awal.

“Semua pensyarah dan profesor yang dihormati adalah mudah untuk didekati dan mesra.

Angelia Wong melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah selepas menamatkan program Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan) di NIE. – Gambar serahan NIE

Mereka sentiasa ingin untuk berkongsi kepakaran mereka dan bermusyawarah mengenai pendekatan-pendekatan pedagogi dengan pelajar-pelajar mereka. Pelajaran sentiasa amat menarik dengan ruang bagi pemikiran kritikal untuk mengambil tempat dalam persekitaran yang tidak mengancam.”

Direka khusus bagi profesional pengajaran Bahasa Inggeris, program MAAL menyediakan kursus pembelajaran yang luas dalam bidang linguistik gunaan, di mana ia merangkumi
elemen pendidikan bahasa dan pengajian bahasa sambil mengimbangi ilmu teori dengan aplikasi praktikal. Selain memberikan banyak peluang untuk merenung mengenai amalan dan falsafah pengajarannya, program MAAL juga menggalakkannya untuk menilai ilmu pengetahuan teori dan pedagoginya serta kebolehlaksanaannya dalam konteks bilik darjah yang berbeza menerusi kajian mini.

Peluang-peluang penyelidikan itu, memberikan inspirasi dan mendorong Angelia Wong untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat kedoktoran falsafah (PhD) di NIE dengan tumpuan kepada perancangan dan dasar bahasa.

Namun begitu, ia tidak bermakna bahawa Angelia Wong telah melencong daripada laluan pendidikan tetapi beliau meneroka masuk ke alam akademia.

“Pada pendapat saya, pengetahuan teori mengenai amalan pengajaran dalam bilik darjah Bahasa Inggeris dan dasar serta perancangan bahasa mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Saya merasakan pendidikan dan dasar bahasa mungkin mempunyai pengaruh ke atas amalan pengajaran,” jelasnya.

Walaupun kini kembali menjadi seorang pelajar dalam akademia, Angelia Wong masih melihat dirinya sebagai seorang pendidik serta seorang pelajar sepanjang hayat, terutamanya dengan keinginan bersungguh-sungguh untuk mengkaji semula dan memperbaiki dasar-dasar bahasa melalui pengajian PhD, supaya dapat berkhidmat dengan lebih baik bagi keperluan pendidik dan pelajar.

“Dengan melihat pembelajaran sebagai sebuah proses yang menyeronokkan dan membangunkan rasa cinta kepada pembelajaran, kita boleh bermotivasi untuk belajar bagi minat, keinginan dan aspirasi, di mana ia bukan selalunya menjanjikan hasil yang nyata.”

Program PhD di NIE dapat diselesaikan dalam tempoh sehingga lima tahun secara sepenuh masa atau separa masa. Selain daripada Bahasa Inggeris, pelajar-pelajar juga mempunyai pilihan untuk membuat kerja-kerja penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian dalam seni dan kemanusiaan, sains, matematik dan pendidikan fizikal.