Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    DART, Progresif tawar promosi sempena Hari Raya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Perkhidmatan perjalanan tempahan pertama Brunei, DART dan Progresif Cellular telah menawarkan promosi baru sempena Syawal ini bagi memberikan para pelanggan kebebasan dalam komunikasi dan pengangkutan.

    Menurut kenyataan Progresif di sini, mulai 10 Julai ini, para pelanggan Teksi DART boleh mendapatkan sampul Hari Raya DART dan baucar bernilai $10 dari Progresif yang boleh ditebus di kedai-kedai Progresif bagi para pelanggan yang membeli Top Up $10 atau Pek SIM Progresif bernilai $10.

    Promosi bersama oleh Dart Logistics dan Progresif ini adalah inisiatif bagi melibatkan rakyat Brunei dengan penyelesaian kreatif dan membawa penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain. Promosi ini adalah bagi tempahan 200 DART pertama atau sehingga akhir bulan.

    Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Dart, Awang Zul ‘Amali DP H Idris berkata, kerjasama itu menetapkan peluang untuk perkongsian yang lebih menarik bersama Progresif, setelah menyertai Startup Lab Progresif sebagai syarikat pertama pada April 2017.

    Sampul Hari Raya dan Pek SIM Progresif.
    Sampul Hari Raya dan Pek SIM Progresif.

    “Kami sangat teruja untuk melancarkan promosi ini sempena Hari Raya ini dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk menggunakan aplikasi kami semasa bulan perayaan ini dengan mudah,” katanya.

    Sementara Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards berkata perkongsian Dart menandakan komitmen untuk menyokong pertumbuhan permulaan tempatan sambil mewujudkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada ekonomi tempatan.

    Aplikasi DART ditubuhkan bertujuan bagi menyediakan pilihan pengangkutan yang mudah dan boleh dipercayai untuk penggunanya. Dalam fasa pembangunan terkini, Dart telah membuka pengambilan untuk pemandu DART kepada orang ramai dengan matlamat membantu peluang pekerjaan tempatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda