Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir.

Darurat tempatan masih kekal di kawasan itu berikutan cuaca buruk yang berterusan, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, hari ini, lapor Xinhua.

Banjir yang melanda akibat cuaca buruk memaksa pemindahan dilakukan, dengan kemungkinan berlakunya kesan lanjut, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Lebih 200 isi rumah di Nelson dipindahkan berikutan tebing Sungai Maitai runtuh, menyebabkan airnya mengalir memasuki kawasan bandar.

Pasukan Pertahanan Awam telah membantu penduduk di jalan-jalan yang ditenggelami banjir.

Laluan lebuh raya negeri menuju ke Nelson juga ditutup.

Pihak berkuasa cuaca kebangsaan New Zealand mengeluarkan amaran merah, yang merupakan amaran merah kelapan sejak sistem berkod warna diperkenalkan pada 2019.

Amaran merah MetService dikhaskan untuk kejadian cuaca yang paling menjejaskan dan hanya dikeluarkan selepas perundingan dengan majlis wi-layah tempatan dan pertahanan awam. – Bernama

Pekerja kecemasan menggunakan bot getah menyelamat penduduk yang terkandas di Nelson, New Zealand, selepas hujan lebat menjejaskan di wilayah selatan New Zealand. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -