Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Dasar COVID jejas 75% firma Eropah di China

-

BEIJING, 21 SEPT – Dasar sifar COVID China yang ‘tidak fleksibel’ dan ‘tidak konsisten’ telah menjejaskan operasi perniagaan Eropah di negara itu, kata lobi perniagaan hari ini, mengingatkan kehadiran syarikat-syarikat berkenaan ‘tidak boleh dianggap remeh.’

Laporan oleh Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah di China merupakan kenyataan terbaharu oleh komuniti perniagaan asing bahawa kawalan virus yang ketat oleh Beijing telah memberi kesan kepada ekonomi kedua terbesar dunia dan memulaunya dari arena antarabangsa.

China ialah ekonomi terakhir yang mengamalkan strategi membanteras wabak virus ketika ia muncul, menerusi langkah-langkah seperti sekatan segera, ujian besar-besaran dan kuarantin lama.

Meskipun mencetuskan penutupan perniagaan dan melumpuhkan rantaian bekalan global, Presiden Xi Jinping telah mengisytiharkan pendekatan China sebagai strategi ‘paling ekonomi dan efektif’, dan pegawai belum memberi petunjuk bila peraturan tersebut akan berakhir.

Dewan Eropah, kumpulan yang terdiri daripada lebih 1,800 syarikat Eropah di China, berkata dalam kenyataan bahawa dasar sifar COVID telah memberikan kesan negatif ke atas 75 peratus daripada operasi negara anggotanya.

“Persekitaran perniagaan China kekal tidak diramalkan selagi ancaman sekatan masih wujud,” kata pertubuhan, menggelar dasar Xi ‘pelaksanaan yang tidak fleksibel dan tidak konsisten’ dan mengingatkan bahawa idealogi itu nampaknya ‘melumpuhkan ekonomi.’

Ia menambah situasi itu telah mendorong hampir satu suku firma menimbang memindah pelaburan dari China, peratusan tertinggi sejak sedekad lalu. – AFP

Gambar fail menunjukkan pekerja kesihatan mengambil sampel swab daripada seorang penduduk untuk diuji COVID di Chengdu, wilayah Sichuan, China. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -