Saturday, November 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dasar iklim harus manfaatkan negara miskin

    RIYADH, 9 NOV – Arab Saudi berkata hari ini dasar untuk menangani perubahan iklim tidak seharusnya ‘menghancurkan’ negara yang bergelut dengan kemiskinan tenaga, menjelang rundingan iklim COP28 di Dubai.

    Bercakap pada persidangan mengenai kerjasama ekonomi dengan Afrika, Menteri Tenaga kerajaan Teluk, Putera Abdulaziz bin Salman berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk membantu kira-kira 800 juta orang di seluruh dunia yang tidak mempunyai akses tetap kepada elektrik.

    Perubahan iklim adalah ‘relevan dan penting’ tetapi ‘tidak harus ditangani dengan menghancurkan masa depan orang yang kurang (berkuasa),’ kata Putera Abdulaziz.

    “Mengapa kita duduk berpeluk tubuh dan tidak melakukan apa-apa tentang populasi ini?”
    Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar dunia, mengumumkan pada 2021 ia menyasarkan pelepasan sifar bersih menjelang 2060.

    Putera Abdulaziz berkata percubaan untuk memberikan sokongan kewangan kepada negara-negara yang terjejas oleh perubahan iklim setakat ini gagal memberikan hasil yang baik.

    Perjanjian untuk menubuhkan dana khusus untuk membantu negara-negara yang terdedah menghadapi ‘kehilangan dan kerosakan’ iklim adalah pencapaian utama rundingan COP27 tahun lepas di Mesir.

    Menteri Kewangan Saudi, Mohammed al-Jadaan berkata perjanjian yang ditandatangani pada persidangan hari ini akan melebihi 2 bilion riyal Saudi (kira-kira AS$533 juta).

    Persidangan itu menyaksikan upacara menandatangani perjanjian tenaga dengan Nigeria, Etiopia, Senegal dan Chad, walaupun tiada butiran diberikan. – AFP

    Gambar diambil di Fiord Scoresby, timur Greenland menunjukkan glasier cair pada 15 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda