Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dasar industri pertahanan Malaysia di peringkat akhir penyediaan

    KOTA BELUD, 16 MAC – Kerajaan kini di peringkat akhir merangka Dasar Industri Pertahanan Negara sebelum dibentangkan kepada Majlis Industri Pertahanan.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia kemudian perlu mendapat persetujuan Kabinet sebelum dilancarkan pada tahun ini.

    “Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya kita memberi tumpuan yang khusus mengenai soal ini dan memang ini pun menjadi sebahagian daripada perancangan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise, hari ini.

    Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Mohd Lepi; dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jenenral Datuk Noorrul Azril Ariffin.

    Pada Jumaat lepas, Anwar dilaporkan mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan, bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring dengan perubahan dan kecanggihan teknologi.

    Mohamed Khaled berkata Perdana Menteri juga mahu kementeriannya memberi tumpuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekalan aset dari luar negara.

    Beliau berkata ini memerlukan kepada membangunkan sendiri keperluan pertahanan negara dan ia merupakan langkah pertama kementerian untuk menjayakan ekosistem industri pertahanan tempatan. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan di Pangkalan Udara Subang pada 14 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda