Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dasar pendidikan tinggi percuma hak kerajaan negeri

    KUCHING, 5 MAC – Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.

    Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dasar itu boleh dilaksanakan mengikut kemampuan setiap negeri.

    “Negeri mempunyai dasar (pendidikan) dan mereka ingin membantu anak negeri mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti serta kolej.

    “Jadi itu adalah hak negeri kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membantu anak negeri masing-masing,” katanya selepas melakukan lawatan ke Kolej Universiti i-CATS di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Oktober 2023 bahawa pendidikan percuma di universiti dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu untuk anak jati Bumi Kenyalang dijangka dilaksanakan pada 2026.

    Abang Johari juga berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu.

    Kira-kira 25,000 penuntut Sarawak dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda