Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN,11 FEB – Pasukan Dash Juniors FC B-12 telah menyertai satu pertandingan bola sepak akar umbi 7 sebelah anjuran WFJ Empire Sports yang diadakan di FootballHub Skyarena Genting Highlands, Malaysia baru-baru ini.
Menurut Ketua Jurulatih pasukan Dash Juniors FC, Coach Hazmin mengongsikan antara tujuan menyertai pertandingan di luar negara adalah bagi memberikan pendedahan kepada para pemain agar dapat mengadaptasi mutu dan kualiti permainan bola sepak daripada pasukan-pasukan yang hebat di Malaysia.
Beliau seterusnya menambah, pemain di negara ini sepatutnya sudah mula bersaing di peringkat antarabangsa sejak dari usia kanak-kanak lagi agar mutu permainan mereka dapat dibentuk dan dipertingkatkan apabila meningkat remaja dan dewasa nanti.
Belau turut berharap, orang ramai dan komuniti bola sepak dalam negara lebih memberikan tumpuan kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi jika ingin melihat peningkatan mutu bola sepak di peringkat dewasa.
Sesi gambar ramai pasukan Dash Juniors FC.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/2-dash2.jpg)