Friday, January 17, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Data PMI pengilang ASEAN susut ketara pada Mac

    KUALA LUMPUR, 1 APRIL – Kalangan pengilang ASEAN mencatatkan bulan terburuk pada Mac dengan keadaan operasi susut paling ketara sejak usaha tinjauan aktiviti mereka dimulakan pada Julai 2012, demikian menurut data terkini Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit.

    Keadaan yang berpunca daripada penularan COVID-19 itu menyaksikan penyu-sutan mendadak dari segi output atau pengeluaran, pesanan baharu, inventori dan penggajian.

    Teras PMI itu susut kepada 43.4 peratus pada Mac berbanding 50.2 pada Februari yang memaparkan penyusutan sektor pembuatan ASEAN dan terendah dalam sejarah tinjauan itu.

    “Semua petunjuk utama mencecah paras rendah dengan kadar utamanya melaporkan penyusutan output dan jumlah tempahan.

    “Para pengilang ASEAN merasakan impak akibat pandemik COVID-19 pada Mac dengan teras PMI susut ke paras terendah dalam sejarah tinjauannya itu di tengah-tengah penguncupan ketara dari segi output, pesanan baharu, inventori dan penggajian,” kata pakar ekonomi, Lewis Cooper dalam satu kenyataan, hari ini.

    Selain itu, Mac juga menunjukkan buat pertama kalinya dalam sejarah, kesemua tujuh benua mencatat kemerosotan sektor pembuatan masing-masing secara serentak, katanya.

    Bagi Malaysia, kemerosotan sektor itu berterusan pada Mac dengan persekitaran operasi mencecah kadar paling ketara sejak September 2019.

    Bagaimana pun, penurunan itu adalah sederhana secara menyeluruh.

    Dalam kalangan negara ASEAN lain; Singapura turut me-ngalami penyusutan itu dengan mencatatkan angka rekod iaitu 18.1 mata pada Februari kepada 27.7 dalam Mac, juga terendah dalam sejarah lapan tahun.

    Selain itu, PMI Filipina pada Mac mencatatkan teras indeks utama (39.7) di bawah 50.0 buat kali pertama sejak tinjauan itu dimulakan pada Januari 2016.

    Vietnam merekodkan penguncupan berturutan dengan indeks itu mencecah paras terendah 41.9 pada Mac yang menggambarkan penyu-sutan ketara keadaan sektor pembuatannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda