Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dataran Labuan berwajah baharu

    LABUAN, 10 MAC – Dataran Labuan antara taman rekreasi tertua di pulau bebas cukai ini akan menjadi tarikan pelancongan dengan penyiapan projek menaik taraf infrastruktur bernilai RM2.3 juta.

    Perbadanan Labuan telah melaksanakan kerja pengindahan taman itu sejak 2021 bagi menjadikannya kawasan pelancongan popular.

    Dataran Labuan dikenali sebagai tempat penganjuran perarakan, acara penutupan sambutan Hari Wilayah Persekutuan, pelbagai aktiviti sukan serta sambutan tahun baharu dan Hari Kebangsaan.

    Taman awam berkenaan mempunyai taman berserta air pancut, bangku dan platform yang ditingkatkan ditengahnya yang mengibarkan bendera Malaysia serta tiang-tiang bendera Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri di Malaysia.

    Di belakang tiang bendera pula, terdapat monumen Chimney dan dari platform berkenaan juga terdapat padang rumput terbentang luas.

    “Sudah tiba masanya untuk beberapa perubahan di taman awam ini, kita mesti berusaha untuk mengubahnya menjadi taman awam yang menarik dan mesra pengunjung,” katanya. – Bernama

    Dataran Labuan kini berwajah baharu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda