BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Penolong Peguamcara Negara, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi sebagai pegawai tugas-tugas khas kanan dan seterusnya untuk ditempatkan di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) untuk mengisikan jawatan pengarah urusan Perbadanan TAIB.
Pelantikan pegawai berkenaan telah berkuat kuasa pada 3 Mac 2020.