Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Datuk bandar beragama Islam dilarang hadiri majlis Aidilfitri

    WASHINGTON, 2 MEI –  Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri Rumah Putih yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, pada Isnin, lapor agensi Anadolu.

    Dalam satu kenyataan, Majlis Perhubungan Amerika-Islam di New Jersey (CAIR-NJ) menyelar tindakan perkhidmatan United States Secret Service terhadap Datuk Bandar, Mohamed T. Khairullah yang telah lama berkhidmat di New Jersey.

    Menurut CAIR-NJ, Rumah Putih hanya memaklumkan beliau tidak dibenarkan masuk sejurus sebelum majlis bermula.

    Pengarah Eksekutif CAIR-NJ, Selaedin Maksut dalam satu kenyataan berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan tidak boleh diterima. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda