Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Datuk bandar maut dalam serangan bersenjata

    HAVANA, 24 JULAI – Datuk Bandar Manta di Ecuador, terbunuh dalam serangan bersenjata, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa kelmarin.

    Punca serangan itu belum dapat dipastikan.

    Menteri Dalam Negeri, Juan Zapata dalam akaun Twitternya berkata dua maut dalam serangan itu termasuk datuk bandar, manakala empat lagi cedera.

    Dua yang cedera kini dalam tahanan polis di sebuah klinik kerana disyaki terlibat dalam serangan itu. Pejabat pendakwa raya melaporkan satu tangkapan dibuat.

    Identiti mangsa kedua yang maut tidak didedahkan, tetapi menurut laporan media mangsa seorang wanita.

    Intriago ditembak pada awal petang kelmarin ketika melawat tapak projek pembinaan.

    Menurut laporan, beberapa lelaki tiba di tapak pembinaan itu dengan menaiki sebuah kenderaan dan melepaskan tembakan.

    Intriago dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. – Bernama

    Askar berjalan meninggalkan penjara selepas mengambil alih Penjara Litoral di mana rusuhan berlaku yang setakat ini menyebabkan lima banduan terbunuh, menurut kenyataan pihak berkuasa, di Guayaquil, Ecuador, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda