Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Datuk bandar mohon maaf terhadap respons COVID

    BEIJING, 14 JUN – Datuk bandar di bandar bahagian timur laut China yang bersempadan dengan Korea Utara yang dikerah untuk menjalani perintah berkurung selama lebih 50 hari, telah membuat permohonan maaf kerana kegagalan pentadbirannya di tengah-tengah penularan, dan merasa tidak puas hati mengenai langkah kerajaan yang tegas untuk mengendalikan pandemik.

    Datuk bandar Dandong, Hao Jianjun tidak menyatakan secara khusus, tetapi berkata tugas kerajaan dan perkhidmatan asas ‘tidak memuaskan’, yang memaksanya untuk membuat permohonan maaf, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan itu lewat kelmarin.

    Ia sangat jarang berlaku bagi seorang pegawai China untuk secara terbuka mengakui kesilapan, terutama berkaitan dengan dasar ‘sifar COVID’ yang berulang kali dilaksanakan oleh pegawai-pegawai atasan di bawah pimpinan Xi Jinping.

    Meskipun hanya mencatatkan jumlah kes jangkitan yang rendah, Dandong dilihat sebagai salah sebuah bandar yang menjalani perintah berkurung paling ketat di China.

    Semasa bertemu dengan penduduk tempatan, Hao menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh 2.4 juta penduduk bandar itu, serta ‘suara aduan’ dalam kalangan mereka mengenai tugas kerajaan. Dandong kini beralih kepada peringkat pengawalan pandemik yang ‘lebih proaktif, aktif dan berkesan,’ kata Hao.

    Gagal menjejak sumber jangkitan baharu, pegawai-pegawai Dandong semakin mengambil langkah ekstrem, termasuk menyarankan penduduk untuk menutup jendela mereka bagi menghalang virus terbang dari Korea Utara, meskipun kemampuan virus untuk tersebar melalui udara adalah sangat terhad.

    Pihak berkuasa turut melaksanakan tindakan keras ke atas penyeludup di seberang Sungai Yalu dengan Korea Utara, menawarkan ganjaran wang tunai untuk menyalurkan maklumat sesiapa yang terlibat. China sejak sekian lama menyatakan virus mampu menular melalui bungkusan atau permukaan lainnya, meskipun tidak banyak bukti menunjukkan ia adalah penyebab utama. – AP

    Penduduk di daerah Chaoyang di Beijing menjalani ujian saringan selepas pihak berkuasa mengarahkan ujian besar-besaran pusingan ketiga. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...