Perubahan yang ditunjukkan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dalam bisnes dan kehidupan banyak didorong oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Perkara itu didedahkan bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dalam sebuah hantaran video yang dikongsi Asyraf baru-baru ini.
Datuk K turut merakamkan peng-hargaan kepada Azizan yang berjaya mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh tiga tahun.
Sementara itu, Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di kediaman mereka pada Isnin lalu.
“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan sebab utama selama ini.

“Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,” katanya dalam hantaran itu yang menerima lebh 30,000 tontonan setakat ini.
Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapa serta merasakan dirinya tidak berjaya.
Tambah Asyraf, dia faham perjalanannya masih jauh namun sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tidak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada mentor yang dapat mengeluarkan potensi dalam diri ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.
“Nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,” ujarnya.
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan yang melahirkan ramai usahawan jutawan. – Agensi