Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Datuk Red redha jika terpaksa cerai isteri pertama

    Usahawan Malaysia, Datuk Seri Adnan Abu redha sekiranya rumah tangga bersama isteri pertama juga berakhir dengan perceraian seperti mana yang terjadi antara dirinya bersama penyanyi Adira.

    Memetik laporan mStar, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, mengongsikan bahawa beliau akur sekiranya keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik buat dirinya dan juga Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim.

    “Jika dilihat secara atas kertas memang sudah tiada harapan. Mungkin selepas ini saya akan hidup single.

    “Bagaimanapun kehidupan perlu diteruskan. Selepas ini saya kena fokus bangkit demi anak-anak dan juga membayar hutang terdahulu,” katanya.

    Adnan ditemui semasa majlis rumah terbuka mStar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

    Perbicaraan cerai antara Adnan dan isterinya itu dijadualkan pada 14 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, Selangor.

    Pada 24 April lalu, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

    Bercakap tentang fasa kehidupan selepas bercerai, Adnan memberitahu ia bukanlah suatu yang mudah untuk dilalui.

    Bagaimana beliau dan Adira terus mengekalkan hubungan baik demi empat orang cahaya mata bersama.

    “Mestilah ada rasa kecewa selepas bercerai dengan Adira. Dia adalah saya, jadi bukan mudah untuk saya terima perpisahan antara kami.

    “Namun di sebalik itu, rasanya kami ini lebih elok sebagai sahabat. Walau sudah bercerai kami masih baik. Cuma apabila Adira sudah ada pengganti nanti mungkin hubungan ini jadi renggang.

    “Kalau boleh kami mahu jadi contoh pasangan bercerai yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah,” jelasnya.

    Untuk rekod Adnan dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 3 tahun.

    Manakala perkahwinan dengan Sharif pula dikurniakan lima orang cahaya mata. – Agensi

    Adnan terima hakikat dan mulakan hidup baharu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda