KUALA LUMPUR – Walaupun baru bergelar pengukir daun, bakat yang dimiliki Muhammad Hafizi Abdul Karim, 31, tidak boleh disangkal lagi. Buktinya, anak kelahiran Kulim, Kedah ini berjaya menghasilkan pelbagai seni ukiran daun yang menakjubkan antaranya potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad, Leftenan Adnan dan