Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    David Beckham lepak rumah Shah Rukh Khan

    Jumaat lalu menjadi hari istimewa buat keluarga aktor Bollywood tersohor, Shah Rukh Kan (SRK), apabila kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai dikunjungi ikon bola sepak dunia, David Beckham.

    Kedatangan Beckham menjadi simbolik persahabatan mereka dan merupakan lambang keakraban dua negara iaitu India dan England.

    Sempena kunjungan suami Victoria Beckham itu di India, SRK menjadi tuan rumah untuk sebuah parti yang turut dihadiri selebriti elit Bollywood lain.

    Antara yang memeriahkan acara adalah aktor Anil Kapoor dan anaknya Sonam, selain beberapa sahabat terdekat bintang filem Pathan itu seperti Maheep Kapoor, Sangeeta Bijlani dan Seema Sajdeh.

    Menurut laporan murai.my, SRK dan isterinya, Gauri turut berkongsi momen bersejarah itu dalam Instagram mereka termasuk menzahirkan rasa gembira meraikan Beckham dan tetamu lain.

    “Malam terakhir dengan seorang ikon dan seorang lelaki sejati. Saya amat mengagumi dan berpeluang bertemu dengannya serta melihat dia melayani anak-anak membuatkan saya sedar satu-satunya hal yang melebihi bola sepak adalah kebaikannya,” tulis bintang Jawan itu.

    Dalam hantaran tersebut, SRK tidak ketinggalan berkongsi fotonya bersama idola ramai itu.

    Beckham pula membalas kebaikan tuan rumah dengan berkongsi gambar mereka berdua dalam laman sosialnya selain mempelawa aktor tersebut dan keluarganya ke rumahnya kelak. – Agensi

    Kedatangan Beckham menjadi simbolik persahabatan mereka. – Murai.my
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda