Kemelut keluarga melibatkan penyanyi Victoria Beckham dan menantunya, Nivola Peltz bagaikan tiada kesudahan sehingga menjadi bualan ramai.
Ketiadaan Nicola dan suaminya, Brooklyn Beckham ketika majlis keluarga juga menguatkan lagi dakwaan berlaku persengketaan antara mereka, menurut petikan mStar.
Enggan isu ini berpanjangan suami kepada Victoria iaitu David Beckham sendiri sedang berusaha mengatur pertemuan empat mata bagi berbincang masalah yang berlaku.
“Brooklyn telah menyakiti hati mereka. Mereka sakit hati kerana aib mereka telah disebarkan tetapi David tidak akan membiarkan perkara ini terus berlarutan.
“Mereka ingin memperbaiki keretakan hubungan itu. David sudah menghubungi dan akan bertemu dengan Brooklyn jika perlu,” kata sumber seperti yang dipetik dari Hello Magazine.
Perselisihan ini dikatakan sudah berlaku sejak awal Nicola menjadi menantu keluarga Beckham.
Victoria dan Nicola dikatakan jarang dilihat berkomunikasi mahupun meluangkan masa bersama.
Untuk rekod Nicola dan Brooklyn mendirikan rumah tangga pada 9 April 2022. – Agensi
