Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    David Corenswet watak Superman seterusnya

    Bintang AS yang kian meningkat, David Corenswet akan menjadi pelakon baharu yang memakai sut merah terkenal Superman, pengarah James Gunn mengesahkan pada Selasa.

    Lelaki berusia 29 tahun yang dikenali sebagai peneraju siri Netflix terkini “Hollywood,” akan memegang watak ikonik untuk Superman: Legacy yang akan ditayangkan pada 2025 oleh Warner Bros.

    Berita itu dilaporkan oleh beberapa penerbitan perdagangan Hollywood, yang turut mendedahkan bahawa Rachel Brosnahan, bintang komedi pemenang beberapa Emmy “The Marvelous Mrs. Maisel,” akan memainkan watak Lois Lane.

    “Tepat! (Mereka bukan sahaja kedua-dua pelakon yang luar biasa, tetapi juga orang yang hebat),” tulis Gunn, mengulang artikel Hollywood Reporter.

    Memandangkan kedudukan Superman dalam budaya popular, peranan itu dianggap sebagai salah satu yang paling berprofil tinggi, dan sangat diperhatikan di Hollywood.

    Superman sebelum ini telah dilakonkan oleh Christopher Reeve, Brandon Routh dan yang terbaru, Henry Cavill.

    Pelakon British Cavill, bintang filem Superman Man of Steel pada 2013, kembali berperanan untuk adegan kredit Black Adam tahun lepas.

    Tetapi tahun lalu, Warner sendiri di bawah kepimpinan baharu selepas bergabung dengan Discovery meletakkan pengarah Guardians of the Galaxy, Gunn sebagai pengarah bagi semua filem yang berkaitan dengan wira-wira DC Comics, bersama penerbit Aquaman, Peter Safran. – AFP

    Penulis skrip David Corenswet tiba untuk tayangan perdana Netflix The Politician di teater DGA di New York City pada 26 September 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda