Setelah tidak lagi mampu berdiri lama dan menggunakan kerusi roda, pelakon David Hasselholf memberitahu tahap kesihatannya kurang memberangsangkan buat masa ini.
Hasselhoff, 72, berkata dia terpaksa menggunakan kerusi roda berikutan masalah pada lutut dan akan menjalani pembedahan minggu depan, menurut laporan mStar.
“Saya akan menjalani pembedahan lutut pada minggu depan,” katanya.
Pelakon filem Baywatch itu dilihat tidak mampu berjalan sambil ditemani isterinya iaitu Hayley Roberts sewaktu bersiar-siar di sekitar Bandar Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.
Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat namun aktor itu dilihat mampu memberikan senyuman kepada orang ramai sambil dibantu oleh petugas di kawasan tersebut.
Difahamkan pasangan ini baru saja pulang dari Los Angeles setelah bercuti di Cancun, Mexico. – Agensi
