Meghan Markle dan Putera Harry telah diabaikan oleh sahabat mereka, David dan Victoria Beckham, dalam beberapa bulan terakhir ini.
Pasangan selebriti ini dilaporkan menjauhkan dari Duke dan Duchess of Sussex kerana mereka meragui kesetiaan mereka terhadap keluarga.
Bagi David dan Victoria, keluarga adalah satu keutamaan, nilai yang tidak sejajar dengan pandangan Meghan dan Harry.
“David dan Victoria telah menjauh kan diri dari Harry dan Meghan untuk jangka masa yang lama.
“Mereka bimbang bagaimana pasangan ini menguruskan imej awam mereka setelah keluar daripada Keluarga Diraja, tetapi pada akhirnya, perkara utama bagi David dan Victoria adalah mengenai kesetiaan kepada keluarga,” kata satu sumber kepada Mirror.

Victoria dan David telah melabur bertahun-tahun untuk membina imej mereka.
“Mereka selalu memberi keutamaan kepada keluarga dan tidak akan mendedahkan pertikaian mereka secara terbuka.
“Akhirnya, cara Meghan mengendalikan hubungannya dengan keluarga Diraja adalah faktor yang membuat Victoria merasakan perlunya untuk mengakhiri persahabatannya.
“Bagi Victoria, adalah tidak betul untuk meneruskan persahabatan tersebut,” kata sumber lain kepada Closer.
Walaupun diabaikan oleh David dan Victoria, Harry dan Meghan masih mempunyai ramai rakan.
Individu terkenal yang terlibat dalam lingkaran persahabatan mereka termasuk Oprah Winfrey, Gayle King, jurugambar Misan Harriman, serta pelakon Sarah Rafferty dan Abigail Spencer. – Agensi