LOS ANGELES, 27 Feb – Anthony Davis mencatatkan mata tertinggi musim ini, 53 mata, meraih 18 ‘rebound’ dan menyekat lima lontaran ketika Pelicans mengatasi Phoenix Suns 125-116.
Davis menerajui serangan Pelicans dalam kemenangan enam berturut-turut, antara rentetan terpanjang mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan purata lebih 40 mata dalam satu perlawanan dalam tempoh itu.
Jrue Holiday mencatatkan 20 mata bagi Pelicans, yang mana rekod tanpa kalah musim ini telah membawa pasukan itu berkongsi tempat kelima dengan Portland dalam Western Conference meskipun tanpa bintang terkemuka DeMarcus Cousins, yang tidak dapat beraksi musim ini akibat kecederaan tumit.

Pelican hanya ketinggalan 1.5 permainan di belakang pasukan tempat ketiga.
“Terima kasih Anthony, kerana menerajui kami,” kata Holiday. “Lihat catatannya, Dia luar biasa.”
Davis, 24, menjadi pemain pertama dalam sejarah NBA mencatatkan sekurang-kurangnya 50 mata, 15 ‘rebound’ dan lima sekatan dalam satu perlawanan ketika dia memperlihatkan prestasi kedua terbaik dalam karier enam tahun dalam NBA. – AFP