ATLANTA, 30 DIS – Gervonta Davis merasakan Yuriorkis Gamboa tidak mudah untuk ditewaskan dengan mudah dan memutuskan untuk mengikuti rentak Gamboa.
“Saya tidak mengharapkan untuk memberikan Knockout,” kata Davis.
“Apabila saya melihat saya menyakitinya dan dia tidak mampu untuk keluar daripada kawasannya, saya hanya perlu untuk memenangi pusingan tersebut.”
Davis yang mengekalkan perlawanan tanpa kalah dalam kariernya dengan perlawanan 12 pusingan bersama Gamboa, memberikan gelaran lightweight pada minggu lepas.
Berlawan sehingga melepasi babak kesembilan untuk kali pertama, Davis (23-0, 22 Kos) dengan nama samarannya Tank, melepaskan tumbukan di pusingan akhir sebelum tumbukan kiri di kepala mengakhiri perlawanan pada minit ke 1:44 apabila pengadil Jack Reiss mengumumkan untuk memberhentikan perlawanan itu.
Davis menjadi juara dua bahagian di tempat asalnya, sekali gus menyingkirkan lawannya, Gamboa buat kali ketiga.
Dia menggunakan tangan kirinya untuk menundukkan lawannya pada pusingan yang kelapan, membuat para peminat bersorak dalam arena tersebut.
“Saya menunjukkan aksi seorang pejuang elit,” kata Davis.
“Saya tidak mencuba untuk berlawan dengan tergesa-gesa, saya perlu berhati-hati dan bijak mengatur langkah. Saya cuba untuk melihatkan kepada orang ramai bahawa saya mempunyai kemahiran yang baik.” – AP
