Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Day julang Piala Torrey Pines

    Jason Day bersama trofi kemenangannya selepas menjuarai kejohanan Golf Terbuka Insurans Farmers di Torrey Pines Golf Course di San Diego, kelmarin. – AP

    LA JOLLA, Amerika Syarikat, 29 Jan – Pemain golf Australia, Jason Day berjaya melakukan putt birdie 18-inci pada lubang keenam dalam playoff untuk menewaskan Alex Noren dari Sweden dan memenangi Terbuka Farmers Insurance PGA AS awal pagi tadi.

    Kegelapan cuaca menangguhkan pertarungan mereka selepas lima lubang tambahan pada Ahad di Torrey Pines South Course selepas masing-masing menyelesaikan 72 lubang pada 10-under par 278.

    Ia merupakan kejayaan Jelajah PGA ke-11 PGA buat Jason Day dan yang pertama sejak Players Championship 2016 ketika dia berada di ranking nombor satu dunia.

    “Ia mengambil masa yang agak lama untuk kembali,” kata Day. “Ia istimewa kerana saya bekerja keras di luar musim untuk kembali ke posisi sekarang.” (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda