Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daya tarikan EV Ioniq 5 baharu

    SAVANNAH, 4 SEPT – Hyundai telah melancarkan versi 2025 SUV elektrik Ioniq 5nya kelmarin menggunakan kuasa bateri dan pengecasan yang dipertingkatkan, bertujuan untuk menambah daya tarikan kenderaan yang akan dibina di sebuah kilang terbesar Georgia walaupun jualan kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS) telah menjadi perlahan.

    Pembuat kereta Korea Selatan itu melancarkan versi ujian EV terbaharunya di sebuah syarikat pengedar di Savannah, Georgia, beberapa kilometer (km) dari kompleks pembuatan baharu bernilai AS$7.6 bilion. Syarikat itu berkata kilangnya akan mula mengeluarkan Ioniq 5 baharu sebelum akhir tahun ini, walaupun ia tidak menyatakan tarikh pelancaran.

    Pada separuh tahun pertama 2024, Ioniq 5 ialah EV kedua terlaris di AS yang bukan merupakan buatan pemimpin industri, Tesla. Model Y Tesla adalah yang pertama dengan lebih daripada 198,000 jualan, diikuti Model 3 dengan hampir 74,000, menurut anggaran dari Motorintelligence.com. Ketiga paling laris ialah SUV Mustang Mach E Ford dijual pada 22,000 unit manakala Ioniq 5 hampir 19,000. – AP

    SUV elektrik Hyundai model Ioniq 5 2025 dipamerkan pada 3 September selepas dilancarkan di sebuah syarikat pengedar kereta di Savannah, Georgia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda