Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dayang Nurfaizah kurus sebab jaga pemakanan

    Penampilan langsing penyanyi Malaysia, Dayang Nurfaizah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila ada menyangka penyanyi berkenaan mengalami masalah kesihatan.

    Memetik laporan mStar, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, menjelaskan mengenai penurunan berat badannya itu bahawa beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sebaliknya memang mengamalkan diet sihat.

    Kata Dayang, setiap kali mempunyai persembahan besar, beliau akan menjaga pemakanan bagi memastikan penampilannya berada dalam keadaan baik.

    “Saya ada buat pemeriksaan kesihatan secara berkala dan sering mendapatkan nasihat doktor.

    “Alhamdulillah berat badan saya ideal dan saya sihat,” katanya kepada mStar.

    Dayang menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran konsert By Ajai and Mega Friends yang diadakan semalam.

    Dalam pada itu, Dayang memberitahu beliau bukan seorang wanita yang obses untuk kurus malah sangat mementingkan kesihatan fizikal ketika mengamalkan diet.

    Susulan itu, penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu berharap peminat berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai berat badannya kerana ia boleh menganggu kesihatan mentalnya.

    “Saya minta peminat doakan yang terbaik dan janganlah doakan atau bercakap perkara yang buruk,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Dayang meluahkan rasa teruja apabila bakal terlibat dalam konsert By Ajai and Mega Friends yang turut menampilkan barisan penyanyi hebat lain seperti Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama dan Aufa Hanie.

    Menurut Dayang, pada konsert itu nanti beliau akan mendendangkan dua buah lagu ciptaan Ajai termasuk Seandainya Masih Ada Cinta yang berjaya mengangkat namanya dalam industri muzik.

    By Ajai and Mega Friends bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Mega Star Arena Kuala Lumpur. – Agensi

    Dayang Nurfaizah sangat mementingkan penampilan apabila mempunyai persembahan atau konsert besar. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda