Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Dayang Nurfaizah teruja ungguli pencalonan AIM23

    Penyanyi popular Dayang Norfaizah meluahkan rasa syukur apabila mengungguli senarai pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung pada 11 September ini.

    Dayang yang memperoleh enam pencalonan memberitahu, Belagu merupakan projek yang dekat di hatinya dan menyifatkan penghargaan tersebut merupakan bonus kepada penghasilan album tersebut.

    “Belagu adalah sebuah projek yang dekat di hati Dayang dan pencalonan ini adalah bonus dan penghargaan buat semua yang menyumbang kepada penghasilan album ini.

    “Terima kasih juri dan AIM atas pencalonan ini. Tidak lupa kepada semua yang menyokong Belagu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

    Menerusi album berkenaan, Dayang menerima pencalonan menerusi kategori Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi), Rakaman Album Terbaik serta Kulit Single/Album Terbaik.

    AIM23 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pukul 9 malam dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

    Penjurian bagi menentukan pemenang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Alam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan lain-lain. – Agensi

    Dayang memperoleh enam pencalonan dalam AIM2, antaranya kategori Rakaman Lagu Terbaik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...