BELAIT, 8 JUN – Dayangku Yasrinnur Hayatul Aqmar binti Pengiran Haji Yakub sekali lagi merangkul juara dalam acara berbasikal Uji Masa Perseorangan (ITT) Kategori Wanita Terbuka yang mana kali ini dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) hari ini di BSRC, Seria.
Sementara itu, Dayang Nurul Syafiqah Yahya dan Alissa Lau Hui Na masing- masing menduduki di tempat kedua dan ketiga.
Acara perlumbaan sejauh 27 kilometer menjadi medan pertarungan antara pencabar lain bagi mendapatkan masa terpantas untuk menamatkan kayuhan tersebut.
Acara seumpama itu diharap agar lebih banyak lagi dikendalikan di negara ini bagi meningkatkan mutu dan prestasi para pelumba basikal tanah air di samping dapat menggilap pelumba baharu untuk menjadi pelapis generasi akan datang.
