BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Walaupun Syawal semakin menghampiri penghujungnya, suasana meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa, di mana DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam turut menyemarakkan perayaan ini bersama pemain-pemain beyblade di negara ini.
Sambutan yang diadakan di Teratak DBos, Kampung Mengkubau itu menyaksikan kehadiran para pemain dari pasukan-pasukan beyblade seperti DBos Beys (DB), Jakusha Bladers (JB), SA Bladers (SA), Undergroundz X (UGX), dan Team X Tutong (TXT), yang berpeluang beramah mesra dan saling memohon kemaafan.
Selain itu, para pemain turut mengambil bahagian dalam aktiviti permainan beyblade untuk meningkatkan semangat mereka sebelum menyertai pertandingan beyblade yang dijadualkan pada bulan Mei nanti.
